PELAJARAN FEQAH TAHUN 6

TAJUK : SOLAT JENAZAH

Doa Belajar

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi Maha penyayang. Segala puji dan syukur bagi tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian utusan Allah dan ahli keluarganya serta sekelian sahabatnya. Ya ! Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, hurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah pintu ilmu dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan ilmu. Segala pujian bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.

Objektif Pembelajaran :


Di akhir pelajaran murid-murid dapat :

1. Menyebut Lafaz Niat Solat Jenazah dengan betul.

2. Menyatakan Rukun Solat Jenazah dengan jelas.

3. Mengetahui cara-cara menyembahyangkan Jenazah.


Set Induksi

Murid di minta untuk mendengar "Nasyid Menanti di Alam Barzah". Sila klik pada video di bawah.

Isi Kandungan Solat Jenazah

Murid dikehendaki klik slide yang telah di sediakan: Solat Jenazah

Saturday, September 12, 2009

Kaifiat (cara) Solat Jenazah

No comments:

Post a Comment

Renungan

1. Seseorang manusia yang bijak akan memikirkan sesuatu perkara yang mudah itu sebagai suatu perkara yang sukar.

2. Bersikap rendah diri,seolah-olah seseorang itu itu akan mencapai kebijaksanaan. Bersikap lebih rendah diri lagi, apabila kebijaksanaan itu telah dicapainya.

3. Belajar untuk mendengar dengan teliti, Peluang mungkin sedang mengetuk pintu anda dengan perlahan sekali.

4. Apakah akan berlaku pada kehidupan ini sekiranya kita tidak mempunyai keberanian untuk mencapai sesuatu?.

5. Jadikan ia tanggungjawab anda untuk berada di satu tahap yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang diharapkan oleh orang lain, melainkan diri anda sendiri, Jangan sesekali mengecualikan diri anda.

6. Untuk menjadi seorang pemimpin, anda harus mampu menyuruh orang mengikuti anda, dan tiada siapa yang mahu mengikuti seseorang yang tidak tahu hala tujuannya.

7. Kepimpinan bukannya sesuatu yang anda pelajari sekali sahaja. Ia adalah gabungan kecekapan, bakat dan idea yang sentiasa berkembang secara beransur-ansur dan berubah mengikut apa yang anda lakukan.

8. Hidup ini ibarat menunggang basikal.... Kamu tidak akan jatuh kecuali kamu berhenti mengayuh.

9. Kebijaksanaan kita datangnya daripada pengalaman, dan pengalaman kita datangnya daripada kedunguan kita sendiri.

10. KEGAGALAN memang Tidak Dapat Dielakkan... ia satu Keperluan... sesuatu yang Berguna... satu cara untuk lebih BERJAYA.

(Petikan daripada Poket Bijaksana- Dr. Syukri Abdullah.)

Berita Kematian Dan pengkebumian Jenazah

Artikel Tentang Solat

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sujud menyembah yang Masa Esa

Sujud menyembah yang Masa Esa

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Petua Khusyuk Solat


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. ” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah..

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Haram hukumnya.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Panduan Iktikaf

Salam semua ini merupakan panduan iktikaf yang dipetik dari beberapa kitab dalam usaha kita merebut ganjaran dipusingan terakhir Ramadhan, menjadi juara di garisan penamat Ramadhan.

beriktikaflah kerana Allah

beriktikaflah kerana Allah

1. Definisi

  • Bahasa : Iltizam ( komitmen) dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • Syarak : tinggal di masjid/surau yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu. Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada Allah.

2. Hukum Iktikaf

Hukum Iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut : “para ulama bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana Nabi SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah wafat”. Iktikaf menjadi WAJIB jika bernazar.

Nabi beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10 hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. ( Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

3. Waktu Iktikaf

  • Boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu. Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di dalam melakukan iktikaf adalah satu hari.
  • Iktikaf bagi orang yang wajib ikut masa yang dinazarkan.

4. Syarat-Syarat Iktikaf

  • 4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal (duduk ) di dalam masjid, orang yang beriktikaf Islam, berakal, suci dari Haid dan nifas dan berjunub, di masjid . Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini disyaratkan oleh Az-Zuhri dan As-Syafie ( Qaul qadim).
  • Bagi wanita hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin dari tuannya.
  • Ulama berselisih pendapat dalam mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti ulama menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir Ramadhan.

5. Masjid yang sah dilaksanakan Iktikaf

  • Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur : Masjid yang sah dibuat iktikaf adalah yang dibuat solat lima waktu dan didirikan jamaah.
  • Malik, Syafie dan Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami ( dibuat Jumaat).
  • Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.
  • Ulama bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi wanita berlaku perselisihan pandangan dikalangan para ulama.
  • Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf pada masjid tertentu kecuali pada Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

6. Waktu Mula dan Akhir Iktikaf

  • Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah, hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila matahari tenggelam.
  • Jika bernazar iktikaf satu malam atau beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.
  • Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada akhir bulan tersebut.
  • Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir , maka dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam kedua puluh satu. (riwayat Mazhab Hambali), Riwayat kedua setelah solat Subuh.Ibn Hazam pula menyatakan sebelum tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir ramadhan.

7. Perkara sunat dan makruf ketika iktikaf

  • Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca al-quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku ( berdakwah). (Kitab al-Majmuk)
  • Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.
  • Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.
  • Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.
  • Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat,bercakap keduniaan dan sebagainya.

8. Perkara harus semasa beriktikaf

  • Antara perkara yang boleh dilakukan semasa iktikaf seperti keluar iktikaf kerana menghantar ahli keluarga berdasarkan riwayat Safiyyah. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
  • Begitu juga menyisir rambut, berwangi-wangian, memotong kuku, membersihkan tubuh, memakai pakaian yang terbaik.
  • Dibolehkan makan minum, tidur, melakukan transaksi, perjanjian jual beli, akad nikah dan lain-lain lagi.
  • Dibolehkan keluar iktikaf untuk keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti membuang air besar,melunaskan keperluan orang yang dibawah jagaannya,muntah tanpa keluar dari masjid dalam tempoh tidak lama,menjenguk orang sakit, menguruskan jenazah atas keperluan.
  • Jika ada program sumbangan anjuran ISMA untuk membantu fakir miskin, melawat hospital atas keperluan, maka ia dibolehkan.
  • Adapun bagi orang yang iktikaf nazar maka tidak dibenarkan menziarahi orang sakit, menjenguk jenazah dan berta’ziah

9. Perkara yang membatalkan iktikaf

  • Keluar dari masjid tanpa ada keperluan walau hanya sebentar.
  • Murtad
  • Hilang akal
  • Berjimak
  • Keluar haid dan nifas.

10. Iktikaf Wanita

  • Iktikaf wanita bergantung kepada izin suami. Iktikaf tidak wajib ke atas isteri sehingga suami mempunyai hak untuk melarangnnya.( Iktikaf sunnah)
  • Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada waktu tertentu, maka isteri boleh masuk ke tempat iktikaf tanpa perlu dapatkan izin baru atau khusus dari suami.
  • Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada tanpa waktu tertentu, maka isteri tidak boleh memulakan waktu iktikaf kecuali dengan izin suaminya.
  • Apabila suami memberikan izin pada isteri melakukan iktikaf, maka dia tidak berhak mencabut izin tersebut baik iktikaf sunnah atau wajib . ( pendapat yang kuat)
  • Menurut Mazhab Hanafi : wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.
  • Mazhab Hambali dan Syafie pula : Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan Hanafi. Wanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).

11. Iktikaf Nazar

  • Jika seorang bernazar untuk beriktikaf pada tempoh tertentu secara berturut-turut maka dia tidak boleh keluar dari masjid kecuali dengan tujuan tertentu.
  • Sekiranya keluar tanpa keuzuran untuk perkara yang bukan dharuri maka hukumnya haram, iktikafnya terputus dan wajib memulakan iktikaf baru.
  • Sekiranya dia bernazar untuk iktikaf dengan puasa maka dia mesti melakukannya dan ia adalah paling baik baginya.
  • Sekiranya bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka tidak wajib beriktikaf di masjid itu.
  • Jika dia terbatal, maka diwajibkan dia menyempurnakan bilangan hari iktikaf yang tersisa . (iktikaf yang tidak disyaratkan secara berturut-turut beberapa hari).
  • Jika dia mensyaratkannya secara berturut-turut , maka dia harus melakukannya sekaligus secara berturut-turut.

Petunjuk Nabi SAW di dalam beriktikaf :

  • Dari Ibn Umar r.a telah berkata : “Adalah baginda Rasulullah SAW beriktikaf sepuluh akhir Ramadhan.” ( Muttafaquh alaih)
  • Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)
  • Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : ” Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun baginda diwafatkan”. ( Riwayat al-Bukhari).
  • Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Rujukan :

  1. Al-Mufassol fi ahkam al-Mar’ah : Dr. Abd. Karim Zaidan
  2. Fiqh Sunnah : Sayyid Sabiq
  3. Fiqh Manhaji : Dr. Mustafa Khin / Dr. Mustafa al-Bugho / Ali Asy-Syarbaji
  4. Fiqh Muyaasar : Ahmad Isa ‘Aasyur.
  5. Riyadhussolihin : Al-Imam Nawawi